Jumaat, 8 Januari 2016 | 4:49pm
KEADAAN didalam rumah wanita dipercayai Bonda Ratu sempena majlis pertabalan di Sungai Rambai. - Foto Muhammad Zuhairu Zuber
KEADAAN didalam rumah wanita dipercayai Bonda Ratu sempena majlis pertabalan di Sungai Rambai. - Foto Muhammad Zuhairu Zuber

'Bonda Ratu' dan suami direman 4 hari

MELAKA: Sepasang suami isteri yang disyaki merancang untuk menganjurkan majlis penganugerahan darjah kebesaran di Sungai Rambai, Jasin di sini, esok direman selama empat hari.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Sampornak Ismail, berkata pihaknya masih lagi menyiasat punca pasangan berusia 40-an itu mahu menganjurkan majlis penganugerahan Darjah Kebesaran Keturunan Alam Kerinci Enam Sakti berkenaan.

"Pasangan ini direman bermula hari ini dan polis masih menyiasat perincian majlis itu, termasuk anugerah yang hendak diberikan mereka. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menghadiri majlis berkenaan.

"Pasangan itu disiasat mengikut Seksyen 419/511 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan dengan menyamar," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

BH hari ini melaporkan polis menahan pasangan berkenaan di sebuah banglo di Sungai Rambai, kira-kira jam 2 petang semalam susulan laporan orang ramai berhubung rancangan penganjuran majlis anugerah itu.

Difahamkan, majlis yang akan dianjurkan wanita yang mendakwa dirinya 'Bonda Ratu' dan suami, pewaris takhta Kesultanan Melayu Melaka itu pada jam 2 petang.

Berita Harian X