Isnin, 4 Januari 2016 | 11:55am

Panglima TLDM lawat MAWILLA 3 di Bukit Malut

PANGLIMA Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin. - Foto BERNAMA
PANGLIMA Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin. - Foto BERNAMA

LANGKAWI: Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin tiba untuk lawatan ke Markas Wilayah Laut 3 (MAWILLA 3) di Bukit Malut di sini, hari ini, sebentar tadi.

Ini adalah lawatan sulung beliau ke markas itu selepas dilantik sebagai Panglima TLDM ke-16, menggantikan Tan Sri Dr Abdul Aziz Jaafar, pada 19 November lalu.

Ketibaan beliau pada jam 9.15 pagi disambut Panglima Wilayah Laut 3, Laksamana Pertama Rosli Yoob. Beliau yang diiringi Rosli turut memeriksa kawalan kehormat membabitkan 150 anggota TLDM dari lima platun.

Ahmad Kamarulzaman turut meluangkan masa menyampaikan amanat kepada warga MAWILLA 3 di Dewan Tun Rahah di markas itu.

Berita Harian X