Isnin, 28 Disember 2015 | 5:14pm

Bas ekspres terbabas di Bukit Mertajam, 6 cedera

KEADAAN bas yang remuk dalam kemalangan itu. - Foto Amir Irsyad Omar
KEADAAN bas yang remuk dalam kemalangan itu. - Foto Amir Irsyad Omar

BUKIT MERTAJAM: Pemandu dan lima penumpang cedera selepas sebuah bas ekspres yang membawa lapan penumpang dari Parit Buntar menuju ke Butterworth, terbabas selepas melanggar lori Projek Penyelenggaraan Lebuhraya (PROPEL) di Kilometer 149.1, arah Tol Juru, di sini, tengah hari tadi.

Bas ekspres berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang lori yang diletakkan di lorong kecemasan laluan terbabit, kira-kira jam 1 tengah hari.

Menurut sumber, pelanggaran itu menyebabkan bas terbabit mengheret lori berkenaan sejauh 35 meter sebelum kedua-dua kenderaan itu melanggar penghadang di bahagian sebelah kiri laluan.

"Pemandu dan lima penumpang yang cedera ringan dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan manakala tiga lagi penumpang tidak cedera," katanya.

Berita Harian X