Ahad, 29 November 2015 | 12:47am
ANGGOTA polis mengangkat mangsa yang maut dalam kejadian langgar lari ketika melintas laluan AMJ dekat Balai Panjang, Melaka. - Foto Mohd Hilmie Hussin
ANGGOTA polis mengangkat mangsa yang maut dalam kejadian langgar lari ketika melintas laluan AMJ dekat Balai Panjang, Melaka. - Foto Mohd Hilmie Hussin

Pekerja syarikat cucian maut dilanggar kereta

MELAKA: Seorang pekerja syarikat cucian maut dilanggar kereta dalam kejadian langgar lari ketika melintas laluan Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) dekat Balai Panjang, di sini, awal pagi semalam.

  Dalam kejadian jam 2 pagi itu, warga Nepal, Bir Bahadur Thapa, 30-an, mati di tempat kejadian selepas melambung dan tercampak kira-kira lima meter.

  Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah, berkata mangsa yang mati di tempat kejadian, dilanggar sebuah kereta yang datang dari arah bandar ini ke Malim.

  "Mangsa mati akibat cedera parah di kepala. Kita minta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan dan mengesan kereta yang melanggar lari mangsa," katanya ketika dihubungi, semalam.

  Beliau berkata, waris mangsa juga diminta menghubungi Inspektor Mohd Azmil Azwa menerusi telefon 019-305 8346 atau balai polis berdekatan sementara kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X