Ahad, 11 Oktober 2015 | 4:29pm

Geng Abel tumpas, dalang ditahan di Tawau

KETUA Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra dalam sidang media di IPD Kota Kinabalu, Jumaat lalu, menunjjukan ketua geng Abel yang berjaya diberkas di sebuah rumah di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Jalan Apas, Tawau. - Foto Junaidi Ladjana

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang diburu polis di sini kerana disyaki terbabit dalam kes samun kedai serbaneka 24 jam berjaya ditahan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kurnia Jaya Apas, Tawau kira-kira 9 malam, Jumaat lalu.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, suspek yang juga ketua kumpulan 'Geng Abel' itu dipercayai terbabit dalam enam kes samun di sini pada awal September lalu.

"Suspek turut diburu polis Tawau kerana melakukan kegiatan jenayah yang sama pada Julai lalu," katanya.

"Lelaki berusia 23 tahun itu ditahan dalam serbuan sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau berdasarkan hasil maklumat orang ramai," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Chandra berkata, suspek akan dibawa ke Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut berkaitan kes samun yang berlaku di bandaraya ini dan Penampang selepas selesai siasatan di Tawau. - BERNAMA

Berita Harian X