Jumaat, 26 Jun 2015 | 11:55am
VIDEO berdurasi 1.22 minit yang memaparkan aksi sebuah kereta Vokswagen Polo yang dipandu laju merempuh kereta peronda polis. Pautan video https://www.facebook.com/thesiakapkeli/videos/vb.591441797545512/1061936673829353/?type>2&theater

Penuntut kolej dituduh pandu di bawah pengaruh alkohol

KUALA LUMPUR: Seorang penuntut sebuah kolej swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Trafik hari ini atas tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga merempuh kereta peronda polis di Jalan Pudu, di sini, Isnin lalu.

Tertuduh, Lua Norman, 21, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Zura Syazween Hamizan.

Mengikut pertuduhan, Lua yang kini sedang dalam program persediaan Sarjana Muda ke Amerika Syarikat didakwa memandu kereta Volkswagen Polo warna biru di bawah pengaruh alkohol melebihi 76 miligram (mg) /100 mililiter (ml) daripada had ditetapkan sehingga tidak berdaya mengawal kenderaan itu di Jalan Pudu, pada jam 8.55 pagi, 22 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 dan penjara maksimum 10 tahun serta tertera rekod kesalahan di lesen memandu, jika sabit kesalahan.

Berita Harian X