Sabtu, 13 Jun 2015 | 11:21am

Lelaki rentung dalam kereta terbakar

SEORANG lelaki rentung apabila kereta dipandunya terbakar di Jalan Pasir Panjang, dekat sini kira-kira jam 3.50 pagi tadi. - Foto NSTP
SEORANG lelaki rentung apabila kereta dipandunya terbakar di Jalan Pasir Panjang, dekat sini kira-kira jam 3.50 pagi tadi. - Foto NSTP

PORT DICKSON: Seorang lelaki rentung apabila kereta dipandunya terbakar di Jalan Pasir Panjang, dekat sini kira-kira jam 3.50 pagi tadi.

Pegawai Bomba Kanan 2 Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang, Jamil Mohd Salleh, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan dan tiba di lokasi kejadian pada jam 4.15 pagi bersama satu jentera serta sembilan pegawai dan anggota.

Katanya, kereta jenis Proton Persona yang terletak di tepi jalan itu, terbakar 100 peratus dan pihaknya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memadam kebakaran.

"Punca kebakaran masih dalam siasatan dan kes diserahkan kepada polis untuk mengesan identiti mangsa," katanya di sini, hari ini.

Berita Harian X