Khamis, 28 Mei 2015 | 12:20pm

Pemandu van maut bertembung lori

SEPASUKAN anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri berusaha mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu dalam van yang terbabit dalam kemalangan dengan treler di Kilometer 194.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Ayer Keroh, Melaka, awal pagi tadi. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan

AYER KEROH: Seorang pemandu van maut apabila kenderaan dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan lori treler di Kilometer 194.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 pagi itu, M Arunasalam, 53, yang memandu Toyota Hiace dipercayai tiba-tiba membuat pusingan U, sebelum bertembung dengan lori dipandu, M Ravi, 41, juga dari arah yang sama.

Kemalangan itu menyebabkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu maut di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Ayer Keroh yang turut dibantu JBPM Alor Gajah mengambil masa lebih 45 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di bahagian depan van yang remuk.

Bagaimanapun, pemandu lori hanya cedera ringan dan dirawat di Hospital Melaka.

Berita Harian X