Selasa, 19 Mei 2015 | 10:29pm

Warga asing ditemui mati di restoran

PASUKAN Forensik Polis membuat pemeriksaan di tempat kejadian bunuh seorang warga asing di sebuah restoran di Simpang Pulai. - Foto Supian Ahmad
PASUKAN Forensik Polis membuat pemeriksaan di tempat kejadian bunuh seorang warga asing di sebuah restoran di Simpang Pulai. - Foto Supian Ahmad

IPOH: Seorang lelaki warga asing berusia 43 tahun ditemui mati dengan kesan kecederaan pada bahagian belakang kepala dipercayai dihentak dengan objek keras dalam pergaduhan di sebuah restoran di Persiaran Pulai Baru 1, Simpang Pulai, di sini petang tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6.45 petang tadi, ketika mangsa dipercayai sedang minum bersama dua rakannya di restoran berkenaan, bagaimanapun berlaku pergaduhan di antara mereka dan mangsa kemudian dipercayai dipukul kedua-dua rakannya itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Anuar Othman berkata, polis yang menerima maklumat mengenai pergaduhan itu kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa parah dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi.

"Polis meminta saksi yang melihat kejadian itu tampil memberi maklumat bagi mengenalpasti kedua-dua suspek.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Keseksaan kerana membunuh," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian sebentar tadi.

Berita Harian X