Rabu, 29 April 2015 | 8:21am

Kanak-kanak maut, 7 cedera rumah dihempap pokok

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas rumahnya musnah dihempap pokok tumbang, pagi tadi. Foto NSTP
SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas rumahnya musnah dihempap pokok tumbang, pagi tadi. Foto NSTP

BEAUFORT: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas rumahnya musnah dihempap pokok tumbang, pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 6.15 pagi itu turut memusnahkan dua lagi rumah, selaib mengakibatkan tujuh individu daripada tiga keluarga mengalami kecederaan.

Ketua Balai Bomba Beaufort, Runzee Abd Thani, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 6.22 pagi sebelum menghantar sepasukan anggota bersama dua jentera ke lokasi.

Katanya, semua mangsa dihantar ke Hospital Beaufort untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Pengarah Hospital Beaufort, Dr K Sutharsan, ketika dihubungi mengesahkan kanak-kanak berkenaan meninggal dunia di hospital akibat kecederaan parah di kepala.

"Ketika dihantar ke hospital, mangsa dalam keadaan cedera parah dan tidak sedarkan diri akibat kecederaan teruk di kepala," katanya.

Berita Harian X