Isnin, 19 Januari 2015 | 3:58pm
PENANG 16 January 2015. The seven-year-old children was believed to have been confined in a house by her parents at Sungai Dua, Butterworth for three days. She has been rescued by police and placed under protective care. NSTP/Email
PENANG 16 January 2015. The seven-year-old children was believed to have been confined in a house by her parents at Sungai Dua, Butterworth for three days. She has been rescued by police and placed under protective care. NSTP/Email

Polis percaya kanak-kanak jadi mangsa dera sejak November 2014

BUTTERWORTH: Polis percaya kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang menjadi mangsa dera oleh bapa kandungnya di sebuah flat di sini, dikurung sejak November lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim, berkata pihaknya percaya kanak-kanak itu dikurung lebih dua bulan di rumah kosong berkenaan berdasarkan keadaan fizikalnya dengan saiz dan beratnya sekitar lapan kilogram ketika diselamatkan Khamis lalu.

"Kita percaya kanak-kanak ini dikurung dan tidak diberikan makan dengan sempurna sejak dua bulan lalu berdasarkan keadaan fizikalnya yang kurus dan tidak bermaya.

"Malah, kanak-kanak ini dipercayai trauma kerana dikurung dalam rumah berkenaan yang tidak dilengkapi bekalan elektrik dan air sejak November lalu," katanya pada sidang media selepas melawat mangsa di Wad Kanak-kanak di Hospital Seberang Jaya sini, sebentar tadi.

Khamis lalu, polis menyelamatkan seorang kanak-kanak yang dipercayai dikurung di dalam sebuah flat di sini.

Serbuan itu adalah susulan laporan diterima daripada guru kerana kanak-kanak itu tidak hadir ke sekolah selepas mendaftarkan diri Isnin lalu.

Berita Harian X