Rabu, 15 Oktober 2014 | 11:11am
SUSPEK kes bunuh teman wanita di Pengkalan Datok Keramat, Bukit Tengah di sini, September lalu diiringi polis untuk dituduh di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini. - Foto Mohd Kamil Rahim
SUSPEK kes bunuh teman wanita di Pengkalan Datok Keramat, Bukit Tengah di sini, September lalu diiringi polis untuk dituduh di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini. - Foto Mohd Kamil Rahim

Penganggur didakwa bunuh teman wanita

BUKIT MERTAJAM: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan membunuh teman wanitanya dalam kejadian di Pengkalan Datok Keramat, Bukit Tengah di sini, September lalu.

Abdul Khalid Md Isa, 43, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Musyiri Peet.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Rohani Hashim, 30, di sebuah rumah No 4183, Jalan Pengkalan Datok Keramat, Bukit Tengah di sini, pada jam 4 petang, 29 September hingga 6 petang, 30 September lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh, jika sabit kesalahan tertuduh boleh dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lim Saw Sin dan tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mahkamah menetapkan 15 Disember ini sebagai tarikh sebutan kes.

Berita Harian X