Ahad, 11 September 2022 | 7:50am
Bintang Poland, Iga Swiatek meraikan kejayaan menjuarai tenis Terbuka AS selepas menewaskan pemain Tunisia, Ons Jabeur pada aksi final di USTA Billie Jean King National Tennis Center, Flushing, Queensborough, New York City. - Foto AFP

Swiatek juara Terbuka AS

NEW YORK: Pemain nombor satu dunia, Iga Swiatek menewaskan pemain Tunisia, Ons Jabeur untuk memenangi gelaran Grand Slam keduanya tahun ini menerusi kejayaan pada final Terbuka Amerika Syarikat (AS) di sini, sebentar tadi.

Bintang Poland ini mengatasi kebangkitan pada set kedua lawannya itu untuk menang 6-2, 7-6 (7/5) dalam tempoh 1 jam 52 minit di Stadium Arthur Ashe.

Kemenangan itu diraih selepas kejayaan Swiatek di Terbuka Perancis pada Jun, sekali gus menjadikan pemain berusia 21 tahun itu wanita pertama sejak 2016 menang dua Grand Slam dalam semusim.

Aksi pemain dari Tunisia, Ons Jabeur ketika menentang Iga Swiatek dari Poland pada aksi final tenis Terbuka AS di USTA Billie Jean King National Tennis Center, Flushing, Queensborough, New York City. - Foto AFP

Gelaran ke-10 dalam karier Swiatek itu juga melebarkan rekodnya pada final kejohanan. Dia kini menang 10 final terakhirnya tanpa mencicirkan sebarang set.

Swiatek rebah di gelanggang sebagai tanda kelegaan menang kejohanan itu yang menyaksikannya meraih $2.6 juta hadiah kemenangan.

"Saya amat gembira ia bukan wang tunai," katanya selepas diberikan 'cek kemenangan'.

Aksi pemain dari Poland, Iga Swiatek ketika menentang Ons Jabeur dari Tunisia pada aksi final tenis Terbuka AS di USTA Billie Jean King National Tennis Center, Flushing, Queensborough, New York City. - Foto AFP

"Bagi kejohanan ini ia amat mencabar kerana ia adalah New York - sangat bising, sangat gila," kata Swiatek yang juga menang Terbuka Perancis pada 2020.

"Terlalu banyak godaan di bandar ini, terlalu ramai orang yang saya jumpa sangat memberi inspirasi - saya bangga dapat mengatasinya secara mental."

Namun kekalahan itu satu lagi kekecewaan buat Jabeur, yang mahu bergelar wanita Afrika pertama muncul juara Grand Slam.

Bintang Poland, Iga Swiatek (kanan) menjuarai tenis Terbuka AS selepas menewaskan pemain Tunisia, Ons Jabeur pada aksi final di USTA Billie Jean King National Tennis Center, Flushing, Queensborough, New York City. - Foto AFP

Pemain berusia 28 tahun itu juga tewas pada final di Wimbledon pada Julai.

"Saya sangat penat tetapi Iga tidak menjadikan ia mudah buat saya," kata Jabeur. "Dia berhak menang hari ini. Saya tidak begitu menyukainya hari ini tetapi ia okey.

"Saya akan terus berusaha keras dan akan mendapat gelaran itu tidak lama lagi."

- AFP

Berita Harian X