Khamis, 8 September 2022 | 12:23pm
Iga Swiatek membalas pukulan Jessica Pegula pada suku akhir Terbuka AS di Flushing Meadows, New York. - EPA
Iga Swiatek membalas pukulan Jessica Pegula pada suku akhir Terbuka AS di Flushing Meadows, New York. - EPA

Swiatek, Sabalenka ke separuh akhir Terbuka AS

NEW YORK: Iga Swiatek mara ke separuh akhir Grand Slam buat kali ketiga pada musim 2022 hari ini dan kali pertama di Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas mengatasi Jessica Pegula, pemain AS terakhir pada kejohanan kali ini.

Juara Terbuka Perancis, Swiatek menang 6-3, 7-6 (7/4), kemenangan ketiganya berdepan Pegula tahun ini.

Jessica Pegula
Jessica Pegula

Pada aksi separuh akhir esok, pemain Poland berusia 21 tahun itu akan berdepan Aryna Sabalenka yang turut mara.

Pemain nombor enam dunia, Sabalenka mara ke kelompok empat terakhir buat kali kedua berturut-turut dengan kemenangan 6-1, 7-6 (7/4) mengatasi Karolina Pliskova.

Aryna Sabalenka mara ke kelompok empat terakhir buat kali kedua berturut-turut. - Foto Reuters
Aryna Sabalenka mara ke kelompok empat terakhir buat kali kedua berturut-turut. - Foto Reuters

"Ia akan menjadi perlawanan yang sukar. Akan ada servis kencang dan pukulan kuat, sama seperti malam ini," kata Swiatek yang menewaskan Sabalenka di Doha, Stuttgart dan Rom.

Pemain Poland itu kemudiannya menang gelaran dalam acara berkenaan. tiga daripada enam trofi diraihnya pada 2022.

Hari ini dia mara melepasi suku akhir selepas melakukan 13 servis break dan 61 kesilapan.

"Ia memberi makna yang besar untuk berada di separuh akhir buat kali pertama," kata Swiatek. - AFP

Berita Harian X