Rabu, 6 Julai 2022 | 6:44am
Pemain Tunisia Ons Jabeur mara ke separuh akhir Wimbledon selepas menewaskan pemain Republik Czech Bouzkova 3-6, 6-1, 6-1. - Foto AFP
Pemain Tunisia Ons Jabeur mara ke separuh akhir Wimbledon selepas menewaskan pemain Republik Czech Bouzkova 3-6, 6-1, 6-1. - Foto AFP
Juara bertahan Novak Djokovic bangkit daripada ketinggalan dua set untuk mara ke separuh akhir Wimbledon selepas menewaskan pilihan ke-19 dari Itali Jannik Sinner 5-7, 2-6, 6-3, 6-2, 6-2. - Foto REUTERS

Djokovic mara, Jabeur cipta sejarah

LONDON: Juara bertahan Novak Djokovic bangkit daripada ketinggalan dua set untuk mara ke separuh akhir Wimbledon buat kali ke-11, manakala Ons Jabeur menjadi wanita Arab pertama lolos ke pusingan empat terakhir Grand Slam.

Djokovic menewaskan pilihan ke-19 dari Itali Jannik Sinner 5-7, 2-6, 6-3, 6-2, 6-2, kali ketujuh dia bangkit daripada ketinggalan dua set sepanjang kariernya.

Pemain Serbia itu akan berdepan Cameron Norrie dari Britain, yang turut mengharungi lima set sebelum menewaskan lawan dari Belgium David Goffin 3-6, 7-5, 2-6, 6-3, 7-5.

Pemain nombor dua dunia dari Tunisia, Jabeur menewaskan Marie Bouzkova 3-6, 6-1, 6-1. Dia akan berdepan kawan baiknya dan ibu kepada dua anak, Tatjana Maria, yang menewaskan rakan senegara Jerman Jule Niemeier, 4-6, 6-2, 7-5.

"Dua set pertama berbanding tiga set berikutnya seperti dua perlawanan berbeza. Selepas set kedua saya cuba mendapatkan semula semangat dan fokus.

"Saya lihat pergerakannya mula ragu-ragu di set ketiga. Saya mempunyai banyak pengalaman di atas gelanggang ini dan menangani tekanan," kata Djokovic.

Jabeur, satu-satunya pemain wanita dalam kelompok 15 terbaik berjaya lolos ke suku akhir, turut ketinggalan sebelum menewaskan lawannya, Bouzkova dari Republik Czech. - AFP

Berita Harian X