Ahad, 3 Julai 2022 | 7:51am
Peman Australia Nick Kyrgios (kanan) menewaskan pemain Greece Stefanos Tsitsipas 6-7 (2/7), 6-4, 6-3, 7-6 (9/7) pada pusingan ketiga Wimbledon. - Foto AFP
Peman Australia Nick Kyrgios (kanan) menewaskan pemain Greece Stefanos Tsitsipas 6-7 (2/7), 6-4, 6-3, 7-6 (9/7) pada pusingan ketiga Wimbledon. - Foto AFP

Tsitsipas anggap Kyrgios pembuli

LONDON: Stefanos Tsitsipas berkata Nick Kyrgios mempunyai sisi jahat selepas pertarungan antara mereka di Wimbledon.

Aksi penuh ketegangan itu membayangi perlawanan hari keenam yang turut menyaksikan deretan kemenangan 37 perlawanan Iga Swiatek berakhir dan Rafael Nadal meneruskan kemaraannya.

Pemain Australia Kyrgios menang 6-7 (2/7), 6-4, 6-3, 7-6 (9/7) ke atas Tsitsipas pada pusingan ketiga, yang menyaksikan pemain Greece itu kecewa dan memukul bola ke arah penonton.

"Anda tidak boleh memukul bola ke arah penonton dan terkena seseorang tetapi tidak dihukum," kata Kyrgios, 27, yang turut diberi amaran kerana mengeluarkan kata-kata kesat.

"Dia membuli lawan. Dia mungkin pembuli di sekolah. Saya tidak suka pembuli. Dia mungkin ada sifat baik yang lain, tetapi dia juga mempunyai sisi jahat," kata Tsitsipas yang mengakui cuba memukul bola ke arah Kyrgios.

Sebelum itu pemain veteran Perancis Alize Cornet menewaskan pemain nombor satu dunia dari Poland, Swiatek 6-4, 6-2.

Pemain pilihan kedua, Nadal, yang memburu Grand Slam penuh tahun ini, menewaskan pemain Itali Lorenzo Sonego 6-1, 6-2, 6-4 untuk bertemu pemain pilihan ke-21 dari Belanda Botic van de Zandschulp. - AFP

Berita Harian X