Isnin, 6 Jun 2022 | 12:30am
Pemain Sepanyol Rafael Nadal meraikan kejayaan memenangi Piala ‘The Musketeers' selepas menewaskan pemain Norway, Casper Ruud pada aksi final tenis Terbuka Perancis. - AFP
Pemain Sepanyol Rafael Nadal meraikan kejayaan memenangi Piala ‘The Musketeers' selepas menewaskan pemain Norway, Casper Ruud pada aksi final tenis Terbuka Perancis. - AFP

Nadal raih kejuaraan ke-14 Terbuka Perancis

PARIS: Rafael Nadal memenangi Terbuka Perancis buat kali ke-14 dan menambah koleksi kejuaraan Grand Slam ke-22 selepas menewaskan Casper Ruud straight set untuk menjadi juara lelaki tertua di Roland Garros.

Pada aksi final yang mengecewakan, Nadal yang berusia 36 tahun menang 6-3, 6-3, 6-0 dengan kejayaan itu hadir 17 tahun selepas dia memenangi Terbuka Perancis buat kali pertama pada 2005 ketika berusia 19 tahun.

Nadal menang dalam 11 perlawanan terakhir pada aksi final dan kini mendahului dua Slams berbanding pencabarnya, Novak Djokovic dan Roger Federer.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) ketika sidang media pada majlis bersama peminat Kelab JDT di Pusat Media Kelab Bolasepak JDT kelmarin. FOTO BERNAMA

Nadal, pemenang tertua di Paris sejak Andre Gimeno yang berusia 34 tahun pada 1972, tidak pasti akan mengambil bahagian selepas kecederaan kaki kiri yang kronik, yang melanda sepanjang kariernya.

Pemain Sepanyol itu juga memerlukan aksi terbaik dalam 12 jam yang melelahkan sebelum menewaskan Felix Auger-Aliassime, Novak Djokovic dan Alexander Zverev dalam tiga pusingan sebelumnya.

Kombinasi gambar ketika Nadal memenangi 14 kejuaraan Terbuka Perancis. - AFP
Kombinasi gambar ketika Nadal memenangi 14 kejuaraan Terbuka Perancis. - AFP

Kemenangannya ke atas pemain ranking kelapan dunia dalam masa dua jam 18 minit pada aksi final itu juga membolehkannya melakar kemenangan buat kali ke-112 berbanding hanya tiga kekalahan sepanjang kejohanan berkenaan. - AFP

Berita Harian X