Ahad, 5 Jun 2022 | 11:50am
Pemain tenis wanita Poland Iga Swiatek bersama trofi Terbuka Perancis selepas dia menewaskan Coco Gauff 6-1, 6-3 pada final di Roland Garros, Paris. - Foto AFP
Pemain tenis wanita Poland Iga Swiatek bersama trofi Terbuka Perancis selepas dia menewaskan Coco Gauff 6-1, 6-3 pada final di Roland Garros, Paris. - Foto AFP

Swiatek sasar perbaiki prestasi di Wimbledon

PARIS: Iga Swiatek berkata dia mempunyai sebarang jangkaan di Wimbledon walaupun melebarkan rekod kemenangannya kepada 35 perlawanan berturut-turut selepas menjuarai Terbuka Perancis buat kali kedua.

Pemain nombor satu dunia itu mengatasi pemain remaja Coco Gauff 6-1, 6-3 pada final di Roland Garros semalam untuk kejuaraan keenam berturut-turut tahun ini, termasuk empat gelaran WTA 1,000 dan satu kejohanan major.

Pemain Poland itu memenangi kejuaraan di Indian Wells dan Miami untuk membuktikan keunggulannya di atas gelanggang keras, dan turut menang di Doha, serta kini menguasai gelanggang tanah liat selepas muncul juara di Stuttgart, Rome dan Paris.

Namun untuk meneruskan rekod tanpa kalahnya, dia perlu menguasai gelanggang rumput di mana Swiatek merakam empat kemenangan dan empat kekalahan dalam perlawanan undian utama.

"Jurulatih saya (Tomasz Wiktorowski) percaya saya boleh menang lebih banyak di atas rumput. Saya tidak pasti lagi, tetapi saya ingin menambah satu atau dua lagi.

"Namun jujur saya katakan, rumput lebih sukar. Saya sebenarnya suka kerana saya tidak meletakkan sebarang jangkaan di sana. Ia seperti sesuatu yang baharu," kata Swiatek.

Tahun lalu Swiatek menunjukkan peningkatan di atas gelanggang berkenaan apabila mara ke pusingan keempat Wimbledon.

Dia menyamai rekod 35 kemenangan berturut-turut Venus Williams pada tahun 2000 untuk deretan kemenangan paling panjang bagi pemain tenis wanita di abad ini. - AFP

Berita Harian X