Sabtu, 4 Jun 2022 | 10:54pm
Iga Swiatek bersama trofi kejuaraan selepas menewaskan Cori Gauff pada final Terbuka Perancis. - REUTERS
Iga Swiatek bersama trofi kejuaraan selepas menewaskan Cori Gauff pada final Terbuka Perancis. - REUTERS

Swiatek juara Terbuka Perancis

PARIS: Pemain nombor satu dunia, Iga Swiatek menewaskan pemain dari Amerika Syarikat (AS), Coco Gauff 6-1, 6-3 untuk merangkul gelaran tenis Terbuka Perancis, sebentar tadi.

Ini adalah gelaran Grand Slam kedua buat pemain berusia 21 tahun dari Poland itu yang turut memenangi gelaran sama di Roland Garros pada 2020.

Kemenangan di Court Philippe Chatrier ke atas pemain berusia 18 tahun itu membolehkan Swiatek melebarkan rekod kemenangan kepada 35 perlawanan sekali gus menyamai rekod kemenangan paling lama pemain wanita pada abad ke-21 yang dipegang Venus Williams.

Iga Swiatek (kanan) dan Cori Gauff bergambar bersama trofi masing-masing. - REUTERS
Iga Swiatek (kanan) dan Cori Gauff bergambar bersama trofi masing-masing. - REUTERS

Swiatek yang dilabel sebagai pemain pilihan mematahkan servis Gauff sebanyak lima kali sepanjang dua set pertarungan itu.

Reaksi Iga Swiatek selepas menewaskan Coco Gauff. - EPA
Reaksi Iga Swiatek selepas menewaskan Coco Gauff. - EPA

Dia menoktahkan kemenangan itu hanya dalam tempoh satu jam dan lapan minit. - AGENSI

Berita Harian X