Selasa, 31 Mei 2022 | 11:59am
Aksi Marin Cilic ketika menentang Daniil Medvedev pada pusingan keempat Terbuka Perancis dekat Roland Garros, Paris. - EPA
Aksi Marin Cilic ketika menentang Daniil Medvedev pada pusingan keempat Terbuka Perancis dekat Roland Garros, Paris. - EPA

Medvedev, Tsitsipas tersingkir

PARIS: Pemain nombor dua dunia, Daniil Medvedev dan pilihan keempat, Stefanos Tsitsipas tersingkir pada pusingan keempat Terbuka Perancis hari ini ketika pilihan utama wanita, Iga Swiatek melebarkan rentak kemenangannya kepada 32 perlawanan.

Juara Terbuka Amerika Syarikat, Medvedev tewas di tangan pilihan ke-20, Marin Cilic 6-2, 6-3, 6-2 dalam masa hanya 1 jam 45 minit dekat Court Philippe Chatrier.

Tsitsipas, naib juara pada 2021 di belakang Novak Djokovic, tewas kepada pemain remaja Denmark, Holger Rune 7-5, 3-6, 6-3, 6-4 pada aksi awal.

Aksi Daniil Medvedev dari Rusia ketika membalas pukulan Marin Cilic. - Foto REUTERS
Aksi Daniil Medvedev dari Rusia ketika membalas pukulan Marin Cilic. - Foto REUTERS

Cilic akan berdepan pemain Russia, Andrey Rublev pada suku akhir ketiganya di Roland Garros.

"Ia satu daripada perlawanan paling cantik dalam karier saya, ia menakjubkan daripada yang pertama hingga mata terakhir," kata Cilic.

Medvedev melalui perlawanan terbaiknya di Paris 12 bulan lalu apabila mara ke suku akhir.

Dia tidak mencicirkan sebarang set dalam kejohanan tahun ini tetapi nyata tidak mampu menyaingi Cilic yang mematahkan servisnya sebanyak lima kali.

Reaksi Stefanos Tsitsipas selepas tewas kepada pemain muda Denmark Holger Rune. - Foto AFP
Reaksi Stefanos Tsitsipas selepas tewas kepada pemain muda Denmark Holger Rune. - Foto AFP

Rublev pula tampil di suku akhir buat kali kedua selepas lawannya dari Itali, Jannik Sinner menamatkan permainan kerana kecederaan lutut ketika pemain Russia itu mendahului 1-6, 6-4, 2-0.

Sementara itu Rune menjadi pemain Denmark pertama mara ke suku akhir Terbuka Perancis selepas mengejutkan Tsitsipas.

Rune yang berusia 19 tahun serta berkedudukan ke-40, mencatat kemenangan paling diingati berdepan lawan yang menang 54 pertemuan itu. - AFP

Reaksi Holger Rune selepas menewaskan Stefanos Tsitsipas. - Foto AFP
Reaksi Holger Rune selepas menewaskan Stefanos Tsitsipas. - Foto AFP

Berita Harian X