Sabtu, 30 April 2022 | 10:28am
Bekas juara tenis, Boris Becker (kanan) bersama pasangannya Lilian de Carvalhotiba ketika tiba di Southwark Crown Court dekat London, Britain. - EPA
Bekas juara tenis, Boris Becker (kanan) bersama pasangannya Lilian de Carvalhotiba ketika tiba di Southwark Crown Court dekat London, Britain. - EPA

Boris Becker dipenjara

LONDON: Bekas bintang tenis, Boris Becker dijatuhi hukuman penjara dua setengah tahun apabila didapati bersalah oleh mahkamah British berkaitan status bangkrap dihadapinya pada 2017.

Juara enam kali Grand Slam berusia 54 tahun itu akan menjalani hukuman itu selepas didapati bersalah di Southwark Crown Court di London membabitkan pemindahan sejumlah besar wang daripada akaun perniagaannya.

Dia juga gagal mengisytiharkan harta di Jerman dan menyembunyikan hutang dan saham bernilai 825,000 euro (RM3.7 juta) di sebuah syarikat teknologi.

Dia juga didapati bersalah awal bulan ini terhadap 20 lagi dakwaan termasuk sembilan membabitkan kegagalan menyerahkan trofi dan pingat dimenanginya sepanjang kariernya.

Becker memberitahu juri dia tidak tahu di mana semua 'memorabilia' termasuk dua daripada tiga trofi perseorangan lelaki Wimbledon dimenanginya.

Judge Deborah Taylor melepaskan Becker dengan jaminan bersyarat selepas hukuman dijatuhkan. - AFP

Berita Harian X