Jumaat, 25 Februari 2022 | 9:36am
Pemain Russia Daniil Medvedev kini bergelar pemain tenis lelaki nombor satu dunia. - Foto AFP
Pemain Russia Daniil Medvedev kini bergelar pemain tenis lelaki nombor satu dunia. - Foto AFP

Medvedev kini pemain nombor satu dunia

ACAPULCO, Mexico: Daniil Medvedev gelaran nombor satu dunia dengan kemenangan 6-2, 6-3 ke atas Yoshihito Nishioka pada suku akhir Terbuka Mexico.

Pemain 26 tahun Russia itu memintas bintang Serbia Novak Djokovic yang tewas pada aksi suku akhir di Dubai beberapa jam sebelum itu.

Medvedev akan berpeluang bertemu Rafael Nadal di separuh akhir - ulangan pertemuan di final Terbuka Australia yang dimenangi pemain Sepanyol itu untuk gelaran Grand Slam ke-21 dirinya.

Nadal, yang ketinggalan dua set sebelum bangkit menewaskan Medvedev dalam lima set pada final berkenaan, akan bertemu Tommy Paul di suku akhir hari ini.

"Ia bukan mudah untuk bermain apabila anda mendapat berita seperti ini hari ini. Memang saya tahu dia (Djokovic) tewas, tetapi saya tidak tahu ia akan menjadikan saya pemain nombor satu dunia," kata Medvedev.

Kekalahan 6-4, 7-6 (7/4) Djokovic di tangan pemain nombor 123 dunia Jiri Vesely dari Republik Czeh menamatkan penguasaan pemain Serbia itu.

Medvedev menjadi pemain lelaki pertama sejak tahun 2004 menghuni ranking tertinggi itu selain daripada Djokovic, Nadal, Roger Federer dan Andy Murray.

Dia adalah pemain lelaki Russia ketiga selepas Yevgeny Kafelnikov dan Marat Safin bergelar pemain nombor satu dunia. - AFP

Berita Harian X