Ahad, 30 Januari 2022 | 10:50pm
Rafael Nadal mencium trofi Terbuka Australia selepas memenangi aksi final dengan menewaskan Medvedev. - REUTERS
Rafael Nadal mencium trofi Terbuka Australia selepas memenangi aksi final dengan menewaskan Medvedev. - REUTERS

Nadal rangkul gelaran Grand Slam ke-21

MELBOURNE: Bintang Sepanyol, Rafael Nadal memenangi gelaran Grand Slam ke-21 yang bersejarah, apabila bangkit daripada ketinggalan dua set untuk mengejutkan pilihan kedua dari Russia, Daniil Medvedev bagi merangkul kejuaraan Terbuka Australia, sebentar tadi.

Kemenangan dramatik 2-6, 6-7 (5/7), 6-4, 6-4, 7-5 dalam aksi selama 5 jam 24 minit itu sekali gus membolehkan pemain berusia 35 tahun berkenaan mengatasi pencapaian Roger Federer dan Novak Djokovic untuk menjadi pemenang terbanyak dalam kejohanan utama lelaki.

Nadal berada di puncak dalam perang fizikal untuk mendahului pesaing era ini, Djokovic dan Federer dalam senarai pemenang kejohanan utama lelaki sepanjang zaman dengan kelebihan satu gelaran.

Djokovic terlepas peluang untuk memperbaiki sembilan kejuaraan Terbuka Australia apabila dia diusir kerana isu vaksinasi pada malam pembukaan kejohanan, manakala Federer mengalami kecederaan.

Ia satu daripada kemenangan gelaran terhebat Nadal di pentas akhir Grand Slam ke-29 buat dirinya, memenangi Terbuka Australia kali kedua, 13 tahun selepas kemenangan pertama pada 2009.

Nadal juga menjadi pemain lelaki ketiga tertua dalam Era Terbuka untuk memenangi gelaran Grand Slam, di belakang Ken Rosewall dan Federer. - AFP

Berita Harian X