Jumaat, 28 Januari 2022 | 8:09pm
Daniil Medvedev membalas pukulan Stefanos Tsitsipas pada aksi separuh akhir tenis Terbuka Australia di Melbourne Park hari ini. - EPA
Daniil Medvedev membalas pukulan Stefanos Tsitsipas pada aksi separuh akhir tenis Terbuka Australia di Melbourne Park hari ini. - EPA

Medvedev, Nadal berentap di final

MELBOURNE: Daniil Medvedev akan menentang Rafael Nadal di final tenis Terbuka Australia selepas menundukkan pilihan keempat dari Greece, Stefanos Tsitsipas pada aksi separuh akhir, sebentar tadi.

Pemain nombor dunia itu mara ke final buat tahun kedua berturut-turut hasil kemenangan 7-6(5), 4-6, 6-4, 6-1 ke atas Tsitsipas yang juga pemain ranking keempat dunia.

Sekiranya Medvedev berjaya menundukkan Nadal, dia akan menjadi pemain lelaki pertama dalam era Terbuka yang memenangi dua gelaran pertama Grand Slam berturut-turut selepas memenangi gelaran di New York, September lalu.

Pemain dari Russia itu mengecewakan Novak Djokovic pada final Terbuka Amerika Syarikat (AS).

Kini dia berpeluang menafikan peluang Nadal yang memburu gelaran Grand Slam ke-21, Ahad ini. - REUTERS

Berita Harian X