Jumaat, 28 Januari 2022 | 3:28pm
Rafael Nadal meraikan kejayaannya mara ke final selepas menewaskan Matteo Berrettini pada separuh akhir Terbuka Australia, hari ini. - AFP
Rafael Nadal meraikan kejayaannya mara ke final selepas menewaskan Matteo Berrettini pada separuh akhir Terbuka Australia, hari ini. - AFP

Nadal mara ke final

MELBOURNE: Rafael Nadal hanya selangkah untuk mencipta rekod menggondol gelaran Grand Slam ke-21 selepas berjaya mengesahkan tiket ke final Terbuka Australia, sebentar tadi.

Pemain dari Sepanyol itu menewaskan pemain dari Itali yang juga pilihan ketujuh, Matteo Berrettini 6-3, 6-2, 3-6, 6-3 pada aksi separuh akhir selama dua jam 55 minit.

Pemain berusia 35 tahun itu yang juga pilihan keenam kini berkongsi jumlah gelaran yang sama dengan Novak Djokovic dan Roger Federer.

Dia akan bertemu sama ada Daniil Medvedev atau Stefanos Tsitsipas pada final, Ahad ini.

"Dua set pertama adalah permainan terbaik saya sejak sekian lama," katanya yang hanya pernah memenangi gelaran di Melbourne pada 2009.

"Saya bergelut tetapi tetap berjuang. Beraksi dengan final memberi makna yang besar buat saya."

Kejayaan Nadal mara ke final Grand Slam buat kali ke-29 itu membuktikan masalah kecederaan kaki yang hampir menggugat karier sebelum ini tidak menjejaskan rentaknya. -AGENSI

Berita Harian X