MELBOURNE: Pemain Amerika Syarikat (AS), Danielle Collins menundukkan Iga Swiatek untuk sekali gus mara ke final perseorangan wanita tenis Terbuka Australia di Rod Laver Arena, di sini, sebentar tadi.
Pemain pilihan ke-27 kejohanan berkenaan mudah menewaskan wakil dari Poland itu yang juga bekas juara Terbuka Perancis, 6-4, 6-1 untuk layak ke perlawana akhir Grand Slam pertama sepanjang kariernya.
Collins bakal membuat perhitungan dengan pemain tuan rumah yang juga pemain nombor satu dunia, Ashleigh Barty pada aksi final.
- AFP