Khamis, 27 Januari 2022 | 8:58pm
Pemain Australia, Ashleigh Barty (kiri) bersalam dengan pemain AS, Madison Keys selepas menewaskannya lawannya itu pada aksi separuh akhir Terbuka Australia di Melbourne Park, Melbourne, hari ini. - Foto EPA.
Pemain Australia, Ashleigh Barty (kiri) bersalam dengan pemain AS, Madison Keys selepas menewaskannya lawannya itu pada aksi separuh akhir Terbuka Australia di Melbourne Park, Melbourne, hari ini. - Foto EPA.

Barty mara final Terbuka Australia

MELBOURNE: Ashleigh Barty mara ke final Terbuka Australia buat kali pertama selepas pilihan utama itu menundukkan pemain Amerika Syarikat (AS) Madison Key dalam aksi permainan terus di sini, hari ini.

Pemain nombor satu dunia itu meraih kemenangan 6-1, 6-3 dalam tempoh 62 minit untuk menempah pertemuan sama ada dengan pilihan ketujuh, Iga Swiatek ataupun pilihan ke-27, Danielle Collins.

Barty muncul pemain wanita Australia pertama mara ke final di laman sendiri selepas Wendy Turnbull melakukannya pada 1980, sekali gus mensasarkan menjadi pementang pertama sejak Chris O'Neil memenanginya dua tahun sebelum itu.

Dia juga mahu menambah koleksi kejuaraannya selepas sudah pun menghimpun gelaran Terbuka Perancis 2020 dan Wimbledon 2021 selain menang 10 perlawanan berturut-turut sebelum memasuki tahun 2022.

"Jujurnya, ia sangat mengagumkan. Saya gembira dengan aksi terbaik saya di sini," kata Barty yang akan terus kekal sebagai pemain nombor satu dunia sekalipun tewas di pentas final nanti.

"Bola agak perlahan pada malam ini dan berat sedikit pada tali. Saya cuba menyesuaikan diri dan melakukan seberapa banyak pukulan yang boleh bagi meletakkan Maddie dalam keadaan yang tertekan."

Barty turut melontarkan pujian kepada Madison yang pernah menghuni kedudukan 10 terbaik dunia apabila bangkit selepas berdepan beberapa tahun yang sukar.

"Bagus untuk melihat dia kembali ke tempat yang sepatutnya. Dia manusia yang hebat."

- AFP

Berita Harian X