Rabu, 26 Januari 2022 | 10:46am
Danielle Collins dari Amerika Syarikat membalas pukulan Alize Cornet pada suku akhir Terbuka Australia di Melbourne. - AFP
Danielle Collins dari Amerika Syarikat membalas pukulan Alize Cornet pada suku akhir Terbuka Australia di Melbourne. - AFP

Collins ke separuh akhir Terbuka Australia

MELBOURNE: Danielle Collins menamatkan perjalanan Alize Cornet di Terbuka Australia menerusi kemenangan 7-5 6-1 seterusnya mara ke separuh akhir keduanya di Melbourne Park sebentar tadi.

Selepas mengatasi Cornet untuk menang set pertama, pemain Amerika Syarikat yang juga pilihan ke-27 itu lebih agresif untuk menang lima permainan seterusnya di Rod Laver Arena.

Cornet beraksi pada suku akhir pertamanya di Grand Slam pada penampilan ke-63 di kejohanan major.

Collins tidak menunjukkan rasa gementar apabila dia membalas dengan pukulan kilas ke garisan bagi mendapatkan mata penentuan.

Dia kemudian mengesahkan kemenangan apabila pukukan kilas Cornet tersangkut di jaring.

"Saya rasa ia sesuatu yang menakjubkan," kata Collins yang mara ke separuh akhir pada 2019.

"Terutama selepas sebahagian masalah kesihatan yang saya hadapi.

"Untuk bersaing dengan pemain wanita ini, ia satu penghormatan."

Collins akan menentang sama ada Iga Swiatek atau Kaia Kanepi untuk tempat ke final. - REUTERS

Berita Harian X