Selasa, 25 Januari 2022 | 1:29pm
Pemain AS, Madison Keys membalas hantaran Barbora Krejcikova pada saingan suku akhir Terbuka Australia dekat Melbourne Park, Melbourne. - EPA
Pemain AS, Madison Keys membalas hantaran Barbora Krejcikova pada saingan suku akhir Terbuka Australia dekat Melbourne Park, Melbourne. - EPA

Keys kejutkan Krejcikova

MELBOURNE: Madison Keys meneruskan permulaan hebatnya pada musim 2022 apabila menang straight-set menewaskan pilihan keempat, Barbora Krejcikova dan mungkin berdepan Ashleigh Barty pada separuh akhir Terbuka Australia.

Dalam saingan lelaki, Rafael Nadal tampak akan meneruskan kemaraan mencari rekod gelaran Slam ke-21 apabila mara ke suku akhir.

Namun pada saingan sebelah pagi yang panas di Melbourne Park, Rod Laver Arena menjadi milik pemain nombor 51 dunia, Keys yang juga layak ke separuh akhir 2015 namun merudum pada 2021 apabila rankingnya jatuh.

"Ia memberi makna yang amat besar," kata Keys, yang menang 6-3, 6-2 berdepan juara Terbuka Perancis, Krejcikova yang memerlukan rawatan kerana kepanasan pada set pertama. "Tahun lalu sangat sukar."

Keys berkata dia perlu menukar keseluruhan persediaannya pada kempen baharu dan ia jelas membantu.

Dia juga menjuarai saingan pemanas badan di Adelaide bulan ini dan mencatat 11 kemenangan berturut-turut di Australia – menyamai rekodnya untuk keseluruhan 2021.

Dia berkemungkinan akan berdepan Barty atau rakan senegara dari Amerika Syarikat, Jessica Pegula pada separuh akhir Khamis ini. - AFP

Berita Harian X