Isnin, 24 Januari 2022 | 8:05pm
Pemain Russia, Daniel Medvedev membalas pukulan Maxime Cressy pada pusingan keempat Terbuka Australia, hari ini. - EPA
Pemain Russia, Daniel Medvedev membalas pukulan Maxime Cressy pada pusingan keempat Terbuka Australia, hari ini. - EPA

Medvedev terpaksa 'mandi peluh'

MELBOURNE: Pemain pilihan, Daniil Medvedev dipaksa bekerja keras oleh Maxime Cressy sebelum mara ke suku akhir Terbuka Australia, hari ini.

Pemain nombor dua dunia dari Russia itu mengambil masa 3 jam 30 minit untuk menundukkan pemain bukan pilihan, Cressy dari Amerika Syarikat yang juga pakar servis voli dengan 6-2, 7-6 (7/4), 6-7 (4/7), 7-5 untuk menempah pertemuan suku akhir menentang pemain Kanada, Felix Auger-Aliassime.

"Ia (perlawanan) panjang dan tidak mudah, dari segi pungutan mata selain set pertama, semua set sukar," kata Medvedev.

"Jika saya tidak memenangi set keempat, mental saya akan berada dalam keadaan yang sukar."

Sementara itu, Simona Halep menjelaskan dia berasa "sakit dan pening" serta hampir berputus asa ketika pertembungan meletihkan dengan Alize Cornet di Terbuka Australia dalam cuaca panas terik.

Pemenang Grand Slam dua kali dari Romania itu kelihatan bergelut dengan suhu mencecah 33 Celsius di Arena Rod Laver.

Dia meneruskan perlawanan, namun tewas pada pertembungan di pusingan keempat itu yang berkesudahan 6-4, 3-6, 6-4 dalam 2 jam 33 minit dengan mukanya kemerahan dan kerap membongkok untuk cuba menarik nafas.

Alize Cornet (kiri) dari Perancis mengucapkan tahniah oleh Simona Halep (kanan) dari Romania selepas memenangi perlawanan pusingan keempat pada kejohanan tenis Grand Slam Terbuka Australia di Melbourne Park, di Melbourne, Australia. - Foto EPA
Alize Cornet (kiri) dari Perancis mengucapkan tahniah oleh Simona Halep (kanan) dari Romania selepas memenangi perlawanan pusingan keempat pada kejohanan tenis Grand Slam Terbuka Australia di Melbourne Park, di Melbourne, Australia. - Foto EPA

"Saya tiada kecederaan, ia bagus. Cuma bahang yang saya alami pada awal set pertama. Saya berasa sakit, berasa sedikit pening," kata bekas pemain nombor satu dunia itu.

"Sukar untuk bermain dalam keadaan panas, dan saya tidak bersedia hari ini. Dia sedikit lebih kuat, dan itu sebabnya dia boleh memenangi perlawanan itu.

"Saya hampir berputus asa, kerana saya keletihan. Tetapi saya rasa dia mula hilang rentak, dan saya hanya kekal di sana. Saya berjuang sepanjang permainan, namun dengan tidak begitu yakin," tambahnya. - AFP

Berita Harian X