Sabtu, 22 Januari 2022 | 2:19pm
Petisyen dalam talian yang dilancarkan, malam tadi bagi mendesak BAM menarik balik tindakan dikenakan ke atas pemain perseorangan lelaki, Lee Zii Jia dan perseorangan wanita, Goh Jin Wei.
Petisyen dalam talian yang dilancarkan, malam tadi bagi mendesak BAM menarik balik tindakan dikenakan ke atas pemain perseorangan lelaki, Lee Zii Jia dan perseorangan wanita, Goh Jin Wei.

Petisyen dilancar desak BAM tarik balik tindakan

KUALA LUMPUR: Satu petisyen dalam talian dilancarkan, malam tadi bagi mendesak Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menarik balik tindakan dikenakan ke atas pemain perseorangan lelaki, Lee Zii Jia dan perseorangan wanita, Goh Jin Wei.

Petisyen bertemakan 'Don't Banned Lee Zii Jia & Goh Jin Wei' (jangan gantung Lee Zii Jia dan Goh Jin Wei) itu sudah ditandatangani 69,141 individu setakat jam 1.10 tengahari tadi.

"Lee Zii Jia dan Goh Jin Wei terkenal dengan bakat dan pencapaian yang sudah mereka raih, menggantung mereka selama dua tahun daripada menyertai kejohanan adalah sesuatu yang tidak wajar.

"Kami (Malaysia) tahu dan percaya dua pemain berkenaan mampu memberi pencapaian yang besar kepada Malaysia. Kami tidak akan berhenti daripada marah dengan situasi ini," kata petisyen itu.

Semalam, BAM memutuskan BAM untuk tidak mendaftarkan Zii Jia dan Jin Wei menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun berkuatkuasa 18 Januari 2022 dan 31 Oktober 2021.

Ia susulan keputusan kedua-dua pemain berkenaan yang mahu meninggalkan BAM dan bergerak secara profesional.

Berita Harian X