Ahad, 21 November 2021 | 8:31pm
Beregu lelaki muda negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun meraikan kejayaan memenangi Cabaran Antarabangsa Terbuka Ireland bersama penyokong Malaysia di Dublin. - Foto ihsan Facebook BAM.
Beregu lelaki muda negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun meraikan kejayaan memenangi Cabaran Antarabangsa Terbuka Ireland bersama penyokong Malaysia di Dublin. - Foto ihsan Facebook BAM.

Beregu negara menang badminton Terbuka Ireland

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki muda negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun mengakui masih banyak 'kerja rumah' yang perlu dilakukan biarpun berjaya merekodkan gelaran ketiga tahun ini selepas menjuarai Cabaran Antarabangsa Terbuka Ireland di Dublin, semalam.

Pasangan ranking ke-94 dunia itu muncul juara di Dublin selepas menewaskan beregu England, Rory Easton-Zach Russ 21-7, 21-17 dalam aksi final.

Wei Chong, 22, berkata kombinasi dia dan Kai Wun semakin baik tetapi masih banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki untuk terus konsisten melakar kejayaan di pentas antarabangsa.

"Kami masih perlu terus bekerja keras dalam latihan, masih banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki sekali gus meningkatkan prestasi kami.

"Untuk aksi final, kami hanya mahu buat yang terbaik, tidak fikir menang atau kalah.Kami bermain dengan corak permainan kami sendiri dan kami berjaya memenangi perlawanan," kata Wei Chong.

Wei Chong-Kai Wun sebelum ini berjaya merekodkan dua gelaran juara selepas menjuarai Cabaran Antarabangsa Sepanyol 2021 dan Cabaran Antarabangsa Terbuka Poland 2021.

Berita Harian X