Sabtu, 14 March 2020 | 7:39pm
AKSI perlawanan antara Viktor Axelsen dan Lee Zii Jia pada separuh akhir Seluruh England di Birmingham. - Foto Reuters
AKSI perlawanan antara Viktor Axelsen dan Lee Zii Jia pada separuh akhir Seluruh England di Birmingham. - Foto Reuters

Axelsen berjaya sekat Zii Jia

KUALA LUMPUR: Perjuangan pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia di Seluruh England berakhir selepas tewas kepada bekas juara dunia, Viktor Axelsen dalam aksi separuh akhir yang berlangsung selama 73 minit, sebentar tadi.

Zii Jia menang set pertama 21-17, namun Axelsen yang juga pilihan kedua kejohanan bangkit untuk memenangi set kedua 21-13 sekali gus mengheret aksi ke set penentuan.

LEE Zii Jia beraksi menentang Viktor Axelsen dalam aksi separuh akhir Seluruh England di Birmingham. - Foto Reuters
LEE Zii Jia beraksi menentang Viktor Axelsen dalam aksi separuh akhir Seluruh England di Birmingham. - Foto Reuters

Kedua-dua pemain menunjukkan permainan yang menarik di set penentuan apabila saling mengejar mata namun tuah lebih memihak Axelsen yang menang 21-19.

Bagaimanapun, Zii Jia yang juga pemain ranking ke-13 dunia masih boleh mendabik dada di atas pencapaian mara ke separuh akhir apatah lagi ini adalah penampilan sulungnya dalam kejohanan badminton tertua itu.

Kali terakhir wakil Malaysia mara ke final dan muncul juara acara perseorangan lelaki adalah menerusi Datuk Lee Chong Wei pada edisi 2017.

VIKTOR Axelsen beraksi menentang Lee Zii Jia dalam aksi separuh akhir Seluruh England di Birmingham. - Foto Reuters
VIKTOR Axelsen beraksi menentang Lee Zii Jia dalam aksi separuh akhir Seluruh England di Birmingham. - Foto Reuters

Berita Harian X