KUALA LUMPUR: Langkah cemerlang Lee Zii Jia dalam saingan Masters Malaysia akhirnya terhenti selepas dia tewas di tangan pemain nombor satu dunia, Kento Momota dalam aksi separuh akhir di Arena Axiata Bukit Jalil, sebentar tadi.
Pemain perseorangan lelaki nombor satu negara itu terpaksa akur dengan kehebatan juara dunia dari Jepun berkenaan apabila tewas 10-21, 19-21.
Ini adalah kekalahan keenam buat Zii Jia di tangan Momota.
Kemenangan menyaksikan Momota akan membuat perhitungan dengan pemain Denmark, Viktor Axelsen bagi penentuan gelaran juara dalam aksi final, esok.