Selasa, 7 Januari 2020 | 5:28pm
Harleein Tan (kiri) menewaskan pilihan kedua, Mariam Eissa dari England apabila memenangi 11-6, 11-9 dan 12-10 pada acara final. - Foto @BJOsquash
Harleein Tan (kiri) menewaskan pilihan kedua, Mariam Eissa dari England apabila memenangi 11-6, 11-9 dan 12-10 pada acara final. - Foto @BJOsquash

Harleein Tan menang gelaran sulung di Birmingham

KUALA LUMPUR: Atlet skuasy remaja kebangsaan Harleein Tan merangkul gelaran sulung di peringkat antarabangsa musim ini apabila menjuarai kategori wanita bawah 11 tahun (B-11) pada Kejohanan Skuasy Terbuka Remaja British (BJO) di Birmingham, England, pagi tadi.

Pemain kelahiran Negeri Sembilan berusia 10 tahun itu yang juga pemain pilihan ke-¾, berjaya menewaskan pilihan kedua, Mariam Eissa dari England apabila memenangi 11-6, 11-9 dan 12-10 pada acara final yang diadakan di gelanggang kaca University Birmingham.

Terdahulu, Harleein mengejutkan pemain pilihan utama, Jana Mohamed dari Mesir; 11-4, 11-5, 11-7 dalam saingan separuh akhir pada Ahad.

Sementara itu, Aifa Azman gagal dalam cubaannya untuk merangkul gelaran BJO keempat selepas kalah 7-11, 6-11 dan 14-16 kepada pilihan utama kejohanan, Jana Shiha dari Mesir dalam kategori B-19.

Sebelum ini, Aifa meraih gelaran juara B-13 pada 2014, B-15 (2016) dan B-17 pada 2018.

Seorang lagi atlet remaja kebangsaan, pilihan ke-5/8, Ishant Shah juga mengalami nasib sama apabila tewas 4-11, 2-11 and 2-11 kepada pemain pilihan utama, Sam Todd dari England bagi kategori lelaki B-17.

Kuasa besar skuasy dunia, Mesir terus mendominasi kejohanan apabila menyapu bersih enam gelaran juara - lelaki B-11, lelaki dan wanita B-13, wanita B-15, wanita B-17 dan lelaki B-19.

Keputusan akhir: 

Lelaki – 

B-11: [2] Yassin Kouritam (MES) mn [3/4] Seif Belal El Shal (MES) 11-9, 11-6, 11-7

B-13: [2] Youssef Salem (MES) mn [9/16] Ahmed Rashed (MES) 11-13, 11-3, 11-5, 11-5

B-15: [2] Muhammad Humza Khan (PAK) mn [5/8] Yusuf Sheikh (ENG) 11-4, 11-3, 11-7

B-17: [1] Sam Todd (Eng) 3-0 mn [5/8] ISHANT SHAH (MAS) 11-4, 11-2, 11-2

B-19: [1] Moustafa El Sirty (MES) mn [2] Yahya Elnawasany (MES) 11-8, 11-5, 11-7

Wanita:

B-11: [3/4] HARLEEIN TAN (MAS) mn [2] Mariam Eissa (Eng) 11-6, 11-9, 12-10

B-13: [1] Amina Orfi (MES) mn [3/4] Anahat Singh (IND) 11-0, 11-1, 11-4

B-15: [2] Fayrouz Abouelkheir (MES) mn [5/8] Malak Taha (MES) 11-5, 11-4, 11-9

B-17: [2] Sana Ibrahim (MES) mn [3/4] Nour Khaled Aboulmakarim (MES) 11-4, 11-9, 12-10

B-19: [1] Jana Shiha (MES) 3-0 mn [2] AIFA AZMAN (MAS) 11-7, 11-6, 16-14

- BERNAMA

Berita Harian X