Isnin, 14 Oktober 2019 | 11:45pm
ROGER Federer

Federer umum beraksi di Olimpik Tokyo

PARIS: Roger Federer mengumumkan dia akan bersaing di temasya Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, hari ini dalam usahanya memburu pingat emas acara perseorangan lelaki.

Pingat berkenaan menjadi satu-satunya gelaran utama yang masih belum menjadi bintang tenis Switzerland itu sehingga kini.

“Saya berdebat dengan pasukan saya sejak beberapa minggu, mungkin bulan, apa yang saya perlu lakukan ketika musim panas (2020) selepas Wimbledon dan sebelum Terbuka Amerika Syarikat,” katanya dalam satu majlis promosi.

“Akhirnya, hati saya memutuskan untuk bermain di Sukan Olimpik sekali lagi.”  - AFP

Berita Harian X