Isnin, 14 Oktober 2019 | 2:12pm
MUHAMAD Muqharabbin (kiri) bersama Chong Wei, baru-baru ini.

Chong Wei ikon sukan tiada pengganti

KUALA LUMPUR: Pendaki dan penjelajah negara, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin menyifatkan jaguh badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei sebagai ikon yang tidak dapat ditukar ganti.

Beliau berkata, kejayaan dan sumbangan beliau kepada negara adalah satu inspirasi besar buat atlet Malaysia selain menjadi motivasi buat semua.

Katanya, beliau sebelum ini turut terbabit dengan idea dan inspirasi Chong Wei untuk mengumpul dana bagi membantu atlet negara dalam merealisasikan impian kontinjen Malaysia meraih pingat emas pada temasya Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.

“Alhamdulillah, dengan dana yang beliau dan Yayasan Lee Chong Wei kumpul, akhirnya beliau tunaikan janji menyerahkan dana itu semalam. Dia memang atlet yang baik dan rendah diri kepada semua pihak ditemuinya dan akan melayan sebaik baiknya peminat beliau,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Muhamad Muqharabbin berharap agar ramai lagi atlet negara dapat menjadi ikon besar seperti Chong Wei pada masa depan.

Berita Harian X