Ahad, 29 September 2019 | 8:51pm
Aksi pemain Skuasy Malaysia, Ng Eain Yow (kiri) ketika menentang Pemain Switzerland, Nichol Mueller (kanan) dalam kategori lelaki pada pusingan akhir Kejohanan Squash Malaysia Open di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Kejayaan berganda di Skuasy Terbuka Malaysia

 

KUALA LUMPUR: Pemain skuasy lelaki negara, Ng Eain Yow mengikut jejak pemain wanita, Rachel Arnold mencipta kemenangan pada final Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia ke-39 sebentar tadi.

Kali terakhir pemain negara mencatat kejayaan berganda bagi kategori lelaki dan wanita ialah sembilan tahun lalu menerusi Mohd Azlan Iskandar dan Datuk Nicol Ann David.

Edisi tahun ini menyaksikan juara baharu yang juga diletakkan sebagai pemain bukan pilihan, Eain Yow dan Rachel mengejutkan lawan masing-masing pada pusingan akhir. 

Eain Yeow yang juga pemain pilihan keempat menundukkan pemain pilihan kedua dari Switzerland, Nicolas Mueller dengan keputusan 11-7, 12-14, 11-9, 11-5 dalam masa 55 minit.  

Berita Harian X