Jumaat, 27 September 2019 | 6:54pm
Aksi Lee Zii Jia ketika menentang Kento Momota pada suku akhir Terbuka Korea, hari ini. - Foto EPA

Momota ketepi Zii Jia di Terbuka Korea

KUALA LUMPUR: Lee Zii Jia berjaya memberi tentangan sengit sebelum tunduk di tangan pemain nombor satu dunia, Kento Momota dalam aksi suku akhir Terbuka Korea, hari ini.

Pemain perseorangan lelaki nombor satu negara itu membuktikan dia kini sudah mampu menjadi pencabar kepada kelompok utama dunia apabila menunjukkan semangat melawan yang tinggi sebelum tewas 15-21, 19-21 dalam tempoh 50 minit.

Dalam pada itu, cabaran Malaysia pada saingan Terbuka Korea kali ini berakhir selepas satu lagi wakil negara di suku akhir membabitkan beregu lelaki, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei turut gagal menempah tempat ke separuh akhir.

Mereka tewas kepada gandingan tuan rumah, Choi Solgyu-Seo Seung Jae 18-21, 21-18, 18-21 dalam tempoh 68 minit.

Berita Harian X