Ahad, 8 September 2019 | 6:27pm
Beregu lelaki profesional, Goh V Shem-Tan Wee Kiong mengakhiri kemarau kejuaraan selama tujuh bulan dialami mereka selepas muncul juara saingan Terbuka Taiwan, sebentar tadi. - Foto EPA

V Shem-Wee Kiong takluk Terbuka Taiwan

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki profesional, Goh V Shem-Tan Wee Kiong mengakhiri kemarau kejuaraan selama tujuh bulan dialami mereka selepas muncul juara saingan Terbuka Taiwan, sebentar tadi.

Kejayaan itu hadir selepas V Shem-Wee Kiong mempamerkan prestasi luar biasa untuk menumbangkan pasangan Korea Selatan, Choi Solgyu-Seo Seung Jae 21-19, 15-21, 23-21 dalam aksi final yang berlangsung selama 62 minit.

Ia adalah gelaran kedua buat pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu tahun ini selepas muncul juara saingan Masters Thailand, Januari lalu.

Mereka yang meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) awal tahun ini akan meneruskan memburu mata kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan beraksi pada saingan Terbuka China bermula 17 hingga 22 September ini dan Terbuka Korea (24 hingga 29 September).

3160 dibaca
Berita Harian X