Jumaat, 23 Ogos 2019 | 7:02pm
Beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying dalam aksi suku akhir menentang Arisa Higashino dan Yuta Watanabe dari Jepun pada kejohanan Badminton Dunia 2019 di Basel, Switzerland, sebentar tadi. - Foto REUTERS

Peng Soon-Liu Ying kandas di suku akhir

KUALA LUMPUR: Beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying tewas di suku akhir Kejohanan Badminton Dunia 2019 di Basel, Switzerland, sebentar tadi. 

Gandingan pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu tewas 18-21, 21-12, 21-11 di tangan pasangan Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino yang juga pilihan ketiga kejohanan.

Keputusan di suku akhir itu secara tidak langsung menyaksikan gandingan negara menyamai pencapaian mereka tahun lalu. 

Ketika itu, mereka tewas di tangan gandingan Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet 12,21, 21-11, 10-21.

 

 

777 dibaca
Berita Harian X