Khamis, 22 Ogos 2019 | 8:05pm
Pasangan negara, Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon beraksi menentang Wakana Nagahara dan Takuro Hoki di Jepun dalam beregu campuran di Kejohanan Dunia Badminton BWF di Basel, Switzerland. - Foto EPA

Peng Soon-Liu Ying ke suku akhir

KUALA LUMPUR: Beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mara ke pusingan suku akhir Kejohanan Badminton Dunia di Basel, Switzerland, sebentar tadi.

Gandingan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu menewaskan pesaing dari Jepun, Takuro Hoki-Wakana Nagahara 17-21, 21-13, 21-14 dalam tempoh satu jam tiga minit. 

Kemenangan itu membolehkan Peng Soon-Liu Ying merekodkan kemenangan kedua dalam pertemuan mereka dengan Hoki-Nagahara selepas kali terakhir di Seluruh England, Julai lalu. 

Ketika itu, mereka mencatat kemenangan 19-21, 21-10. 22-20. 

Pada pusingan suku akhir nanti, pilihan kelima kejohanan itu sekali lagi dijadual bertemu beregu Jepun yang juga pilihan ketiga, Yuta Watanabe-Arisa Higashino.

Watanabe-Higashino menempah slot ke suku akhir selepas menewaskan gandingan England, Chris Adcock-Gabrielle Adcock, 21-13,21-11.

1718 dibaca
Berita Harian X