Sabtu, 6 Julai 2019 | 12:10am
Aksi Letshaana ketika aksi pusingan kedua Sirkit Akhir Remaja Kebangsaan di Seremban, semalam.
Aksi Letshaana ketika aksi pusingan kedua Sirkit Akhir Remaja Kebangsaan di Seremban, semalam.

Letshaana kembali temui rentak

SEREMBAN: Pemain perseorangan perempuan Selangor, K Letshaana optimis mampu menjadi pencabar utama kejuraan bagi kategori bawah 16 tahun (B-16) pada saingan Kejohanan Badminton Sirkit Akhir Remaja Kebangsaan 2019.

Terdahulu, Letshaana hanya memerlukan tempoh 15 minit bagi mengesahkan tempat ke suku akhir selepas menewaskan wakil Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Goo Xin Yi 21-2, 21-6 dalam aksi pusingan kedua, semalam.

“Saya sudah menemui rentak permainan selepas gagal melakukannya sebelum ini,” kata Letshaana yang tewas kepada Arena Satu Samin ketika Pusingan kedua di Johor Bahru pada Mei lalu.

“Tahap keyakinan saya semakin tinggi. Saya hanya perlu kekal fokus dan saya yakin mampu mengharunginya.”

Aksi Fazriq ketika aksi pusingan kedua Sirkit Akhir Remaja Kebangsaan di Seremban, semalam.
Aksi Fazriq ketika aksi pusingan kedua Sirkit Akhir Remaja Kebangsaan di Seremban, semalam.

Sementara itu, Arena Satu dari Sabah yang tampil sebagai juara bertahan turut mara selepas menewaskan seorang lagi wakil BAM, Tan Shen Thing 21-12, 21-9.

Dia bakal berdepan pilihan kedua yang mewakili BAM, Joanne Ng May Yin.

Dalam pada itu, saingan perseorangan lelaki B-16 menyaksikan pilihan pertama kejohanan, Muh Fazriq Mohd Razif mengesahkan slot ke suku akhir selepas menang straight set 21-17, 21-17 ke atas A Thaanesh Devar dari Melaka.

Dia akan bertemu, Haris Sufian Rushdan dari Selangor bagi perebutan tempat ke separuh akhir.

 

 

Berita Harian X