Rabu, 3 Julai 2019 | 9:57pm
Aksi Fazriq ketika perlawanan pusingan pertama Sirkit Akhir Kejohanan Remaja Kebangsaan, hari ini.
Aksi Fazriq ketika perlawanan pusingan pertama Sirkit Akhir Kejohanan Remaja Kebangsaan, hari ini.

Muhd Fazriq tepati ramalan

SEREMBAN: Pemain perseorangan lelaki remaja negara, Muhd Fazriq Mohd Razif menepati status sebagai pilihan utama apabila mara ke pusingan kedua kategori Bawah 16 tahun (B-16) Sirkit Akhir Remaja Kebangsaan 2019, hari ini.

Masih segar dengan kejayaan muncul juara Kejohanan Jemputan Shonai Bawah 15 Tahun di Yamagata, Jepun, Ahad lalu, Fazriq meneruskan prestasi cemerlangnya apabila mengatasi pemain Perak, Chun Zhen  Thai 24-22, 21-11 dalam aksi pusingan pertama.

Anak kepada legenda badminton negara, Datuk Razif Sidek itu akan bertemu pemain Melaka, A Thaanesh Devar bagi perebutan tempat ke suku akhir, esok.

"Permainan saya tidak berada pada tahap terbaik hari ini terutama di set pertama kerana masih rasa penat. Namun, selepas berjaya menemui rentak di set kedua, saya lebih selesa," katanya.

Sementara itu, pilihan pertama kejohanan bagi kategori perempuan B-16, Tan Zhing Yi turut mara ke pusingan kedua selepas menewaskan Lim Shin dari Johor 21-19, 21-16.

Dia akan bertemu pemain Perak, Chew Jia Hui untuk menentukan tempat ke suku akhir.

Berita Harian X