Khamis, 23 Mei 2019 | 12:45pm
Novak Djokovic. - Foto AFP
Novak Djokovic. - Foto AFP

Federer, Nadal ancaman Djokovic

PARIS: Novak Djokovic berkemungkinan muncul pemain tenis kedua dalam sejarah dapat menjulang semua empat gelaran Grand Slam sebanyak dua kali dengan kejayaan di Terbuka Perancis.

Bagaimanapun, penyertaan Roger Federer dan Rafael Nadal sekali lagi bakal menjadi penghalang buatnya.

Djokovic, pemain nombor satu dunia yang melengkapkan kesemua empat gelaran Slam dengan kejayaan di Roland Garros pada 2016.

Selepas memenangi Wimbledon 2018 dan gelaran Terbuka Amerika Syarikat sert mahkota ketujuh Terbuka Australia pada Januari tahun ini, pemain Serbia itu bakal menghampiri rekod ‘Djoko Slam’.

Federer dan Nadal, dengan masing-masing 20 dan 17 gelaran Grand Slam, bakal menjadi penghalang kepada pemenang major 15 kali itu.

Bagaimanapun, Nadal atau Federer tidak pernah memperoleh kemenangan pada kesemua empat kejohanan utama di masa yang sama.

“Nadal, pemain pilihan nombor satu, tidak ragu-ragu lagi – kemudian semua yang lain,” kata Djokovic. 

Federer pula kembali ke Roland Garros buat kali pertama sejak 2015 kerana memberi tumpuan pada Wimbledon. – AFP

 

Berita Harian X