Isnin, 7 Januari 2019 | 1:10am
Pemain perseorangan wanita Puchong United BC, Ho Yen Mei mengatasi pemain Petaling BC, Gabriela Meilani Moningka 3-1 (11-9 11-10 7-11 11-9) dalam pertemuan terakhir peringkat pertama Purple League 2018-19.
Pemain perseorangan wanita Puchong United BC, Ho Yen Mei mengatasi pemain Petaling BC, Gabriela Meilani Moningka 3-1 (11-9 11-10 7-11 11-9) dalam pertemuan terakhir peringkat pertama Purple League 2018-19.

Ampang Jaya, Puchong United mara ke pusingan akhir

KUALA LUMPUR: Ampang Jaya dan Puchong United muncul pasukan terawal mara ke pusingan akhir kejohanan badminton Purple League 2018-19 apabila mereka menduduki dua tangga teratas saingan peringkat liga yang berakhir malam tadi.

Ampang Jaya mara selaku juara peringkat pertama manakala Puchong pula layak selaku naib juara selepas seri 10-10 dengan Petaling dalam perlawanan sengit di Gem In Mall, di Cyberjaya malam tadi.

Memulakan perlawanan, Puchong tewas dalam acara perseorangan lelaki apabila Alfred Lau yang kali pertama turun beraksi tidak mampu menandingi lawannya dari Petaling, Chong Yee Han selepas tewas 11-7, 1-11, 5-11, 2-11.

Perseorangan wanita Puchong, Ho Yen Mei berjaya meletakkan pasukannya kembali di atas landasan kemenangan apabila dia mengatasi pemain Petaling, Gabriela Meilani Moningka 11-9, 11-10, 7-11, 11-9.

Keputusan itu menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 4-4 namun gandingan Tan Boon Heong-Tan Kian Meng terus memantapkan lagi kedudukan Puchong dalam beregu lelaki apabila mengatasi pasangan Petaling, Man Wei Chong-Shia Chun Kang 11-9, 11-4, 11-7 untuk mendahului 7-4.

Tan Boon Heong-Tan Kian Meng beraksi mantap dalam beregu lelaki apabila mengatasi pasangan Petaling BC, Man Wei Chong- Shia Chun Kang 3-0 (11-9 11-4 11-7) tadi. Puchong United mara ke pusingan akhir SSPL selepas berada di kedudukan kedua liga.
Tan Boon Heong-Tan Kian Meng beraksi mantap dalam beregu lelaki apabila mengatasi pasangan Petaling BC, Man Wei Chong- Shia Chun Kang 3-0 (11-9 11-4 11-7) tadi. Puchong United mara ke pusingan akhir SSPL selepas berada di kedudukan kedua liga.

Puchong sekali lagi tewas dalam acara beregu campuran apabila gandingan Tang Chun Man-Goh Liu Ying bersaing sengit sebelum akur kalah tipis 8-11, 11-8, 11-8, 10-11, 7-8 kepada Terry Hee-Lai Pei Jing dan keputusan itu memberikan ruang kepada Petaling untuk kembali merapatkan jurang kepada 9-7.

Perlawanan berlangsung sengit apabila Puchong sekali lagi menerima saingan hebat daripada Petaling apabila Lee Cheuk Yiu berhempas-pulas sebelum tewas kepada Iskandar Zulkarnain Zainuddin 10-11, 11-6, 9-11, 7-10 namun kedudukan keseluruhan terikat seri 10-10 untuk membolehkan Puchong mara ke pusingan akhir.

Selepas ini, pasukan di tangga ketiga hingga kelapan liga bersaing untuk merebut baki empat lagi slot di peringkat kedua dan kutipan set kemenangan di peringkat kedua akan ditambah dengan jumlah set kemenangan di peringkat pertama.

Daripada itu, empat pasukan di ranking ketiga hingga keenam akan mengiringi Ampang Jaya dan Puchong untuk beraksi pada pusingan akhir.

Berita Harian X