Jumaat, 23 November 2018 | 12:27am
AKSI beregu Pulau Pinang, Teoh Lexuan-Tan Xin Zon pada Kejohanan Badminton Berpasukan Antara Negeri 100PLUS.

Pulau Pinang ke suku akhir

KOTA BHARU: Juara bertahan Pulau Pinang mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang aksi peringkat kumpulan untuk mengesahkan tiket ke suku akhir dalam kategori berpasukan lelaki bawah 16 (B-16) tahun Kejohanan Badminton Berpasukan Antara Negeri B-16 dan B-12 100PLUS.

Pulau Pinang mara selaku juara Kumpulan B dan mengiringi mereka suku akhir adalah Sabah yang muncul naib juara kumpulan.

Pilihan kedua Kedah yang mengungguli Kumpulan B turut mara ke kelompok lapan terbaik dengan satu lagi wakil kumpulan itu akan ditentukan sama ada Negeri Sembilan atau Perak.

Saingan Kumpulan C juga sengit dengan Selangor menerajui saingan merebut kedudukan teratas bersama Pahang dan Sarawak.

Kategori B-16 perempuan menyaksikan enam pasukan – Johor, Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Melaka dan Sabah – mengesahkan tempat ke suku akhir selepas mengungguli dua kedudukan teratas Kumpulan A, B dan C.

Saingan B-12 lelaki pula menyaksikan Pulau Pinang terus menjadi pilihan selepas mara ke suku akhir bersama Sabah sebagai wakil dari Kumpulan A.

Pilihan kedua Selangor dan Kedah menajdi wakil dari Kumpulan B ke suku akhir sementara dua wakil Kumpulan C milik Johor dan Kuala Lumpur.

Bagi Kumpulan C, pasukan bukan pilihan Melaka muncul juara dan mara ke suku akhir bersama naib juara kumpulan Sarawak.

Lebih 300 pemain dari 15 negeri bersaing pada kejohanan tajaan 100PLUS itu yang berlangsung selama empat hari.

Pusingan suku akhir dan separuh akhir berlangsung esok manakala perlawanan akhir pada Sabtu ini.

Berita Harian X