Ahad, 20 March 2022 | 7:24pm
Atlet UTM, Mohamnad Amirul Arif (kiri) dan Lydia Jin Wen meraikan kejayaan memenangi acara 1,500 lelaki dan wanita pada Kejohanan Olahraga IPT 2022 Sirkit 1di Stadium Olahraga, Kompleks Sukan Negeri Johor, Mount Austin, Johor, hari ini. - Foto NSTP/Nur Aisyah Mazalan.
Atlet UTM, Mohamnad Amirul Arif (kiri) dan Lydia Jin Wen meraikan kejayaan memenangi acara 1,500 lelaki dan wanita pada Kejohanan Olahraga IPT 2022 Sirkit 1di Stadium Olahraga, Kompleks Sukan Negeri Johor, Mount Austin, Johor, hari ini. - Foto NSTP/Nur Aisyah Mazalan.

Dua atlet UTM ungguli acara 1,500m olahraga IPT

JOHOR BAHRU: Atlet Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Mohammad Amirul Arif Mohd Azri, menggungguli acara 1,500 meter (m) pada Kejohanan Olahraga Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2022 Sirkit 1 di Stadium Olahraga Mount Austin, di sini, hari ini.

Mohammad Amirul Arif, 22, meraih emas dengan mencatatkan 4 minit 12 saat, meninggalkan 14 pencabar lain.

Wakil Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Muhammad Shahril Aiman Mohd Noor di kedudukan perak dengan catatan 4 minit 24 saat manakala Muhammad Ariff Najmie Rosli yang mewakili Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UAIM) meraih gangsa (4 minit 31 saat).

UTM turut meraih emas dalam acara 1,500m wanita menerusi Lydia Jin Wen, 21, yang mencatatkan masa 5 minit 51 saat.

Wakil Universiti Putra Malaysia (UPM), Afnan Nafisah Nor Mohamed pula meraih perak dengan masa 6 minit 22 saat manakala wakil UIAM, Nur Fatehah Ariesha Mohd Shahriman di kedudukan gangsa dengan 6 minit 32 saat.

Sementara itu, Mohammad Amirul Arif yang mencetuskan sensasi apabila menjadi antara atlet terawal melayakkan diri dalam acara 1,500m di temasya Sukan SEA Vietnam berkata beliau akan menyertai Kejohanan KL All Comers, hujung minggu ini.

Katanya, selepas ini beliau akan menumpukan kepada latihan menghadapi temasya sukan terbesar ASEAN itu.

"Saya bersama jurulatih akan mengadakan latihan 10 hari di Cameron Highlands sebelum mendaftar masuk ke latihan berpusat Majlis Sukan Negara (MSN) selepas itu bagi persediaan ke Sukan SEA Vietnam.

"Walaupun pada Kejohanan Olahraga Kebangsaan Disember lalu saya melepasi kelayakan bagi kategori A, dengan masa 3 minit 58.74 saat, jauh lebih baik daripada pemenang pingat emas Sukan Sea Filipina, Duong Van Thai dari Vietnam 4:06.63s, saya tidak mahu mendabik dada.

"Apatah lagi ini adalah Sukan SEA pertama saya dengan pelari lain lebih berpengalaman. Bagaimanapun saya menyasarkan untuk memenangi pingat apa jua warna pada penyertaan sulung saya nanti," katanya.

Kejohanan Olahraga IPT 2022 Sirkit yang bermula Jumaat lalu sehingga hari ini menyaksikan seramai 244 atlet yang mewakili 26 IPT menyertai 25 acara dipertandingkan.

Berikut keputusan penuh kejohanan:

1,500m lelaki -

1. Mohammad Amirul Arif, 4:12s (UTM)

2. Muhammad Shahril Aiman Mohd Noor, 4:24s (USIM)

3. Muhammad Ariff Najmie Rosli, 4:31s (UIAM)

1,500m Wanita -

1. Lydia Jin Wen, 5:51s (UTM)

2. Afnan Nafisah Nor Mohamed, 6:22s (UPM)

3. Nur Fatehah Ariesha Mohd Shahriman, 6:32s (UIAM)

Lompat Bergalah Lelaki -

1. Mohamad Izzat Nordin, 4.0m (UPM)

2. Muhammad Iqmal Sarif, 2.70m (UTHM)

3. Muhammad Shahril Musa, 2.50m (UTHM)

Lompat Jauh Lelaki -

1. Luqman Hakim Ramlan, 7.43m (UiTM)

2. Muhammad Hafizuddin Farhan Zam Zam, 6.96m (UnisZA)

3. Muhammad Sunik Muslimim, 6.74m (UPSI)

Merejam Lembing Lelaki -

1. Syed Abrar Syed Ahmad Zawawi, 53.75m (UTeM)

2. Ng Yong Jie, 53.67m (UTP)

3. Chua Yi Xian, 49.76m (Kolej Taylor)

100 meter lelaki -

1. Jonathan Nyepa, 10.67s (UPM)

2. Muhammad Zulfiqar Ismail, 10.70s (UPM)

3. Mohamad Raimi Mustaffa, 10.89s (uniMAP)

100 meter Wanita -

1. Zaidatul Husniah Zulkifli, 11.89s (UPM)

2-Azreen Nabila Alias, 11.90s (UPM)

3-Nor Sarah Adi, 12.10s (UPM)

Lompat Jauh Lelaki -

1. Amir Afiq Ahmad Zuki, 5.85m (UPM)

2. Muhammad Iqmal Sarif, 5.60m (UTHM)

3. Muhammad Shahril Musa, 4.76m (UTHM)

5,000m lelaki -

1. Muhammad Shahril Aiman Mohd Noor, 16:54s (USIM)

2. Abdul Quzaimi Mohd Kid Dinuma, 17:01s (UiTm)

3. Ahmad Izzat Irfan Shahrul 17:10s (UPSI)

Lompat Kijang Lelaki -

1. Muhammad Sunik Muslimin, 14.32m (UPSI)

2. Kamerul Haikal Iskandar Kamerulieza, 12.63m (UiTM)

3. Muhammad Razif Ismail, 12.41m (UIAM)

Lontar Peluru -

1. Amir Afiq, 11.33m (UPM)

2. Muhammad Iqmal Sarif, 7.72m (UTHM)

3. Muhammad Shahril Musa, 7.07m (UTHM)

Berita Harian X