Jumaat, 24 April 2020 | 8:00am
Kejohanan Olahraga Eropah 2020 yang dijadual berlangsung pada musim panas ini di Paris dibatalkan susulan pandemik COVID-19. - Foto AFP
Kejohanan Olahraga Eropah 2020 yang dijadual berlangsung pada musim panas ini di Paris dibatalkan susulan pandemik COVID-19. - Foto AFP

COVID-19: Kejohanan Olahraga Eropah 2020 dibatalkan

PARIS: Kejohanan Olahraga Eropah 2020 yang dijadual berlangsung pada musim panas ini di Paris dibatalkan susulan pandemik COVID-19, umum penganjur kejohanan, awal pagi tadi.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, jawatankuasa penganjur dan Persekutuan Olaharaga Perancis (FFA), berkata mereka perlu mengambil langkah bertanggungjawab dengan mengutamakan keselamatan atlet dan pegawai.

Kejohanan itu dijadual berlangsung pada 25 hingga 30 Ogos depan.

Pembatalan itu menyaksikan olahraga kehilangan dua kejohanan besar tahun ini selepas Sukan Olimpik Tokyo ditangguhkan selama setahun dan hanya berlangsung tahun depan.

Badan induk olahraga Eropah, berkata keputusan itu dibuat selepas mesyuarat dengan jawatankuasa penganjur dan FFA.

Sebelum itu mereka turut mengadakan mesyuarat bersama pihak berkuasa Perancis termasuk kementerian sukan negara berkenaan.

"Kami sangat penat. Pada awalnya, kami berharap keadaan akan bertambah pulih tetapi malangnya ia tidak berlaku," kata presiden jawatankuasa penganjur, Jean Gracia.

"Kami melihat semua pilihan yang ada termasuk mengurangkan jumlah penyertaan atlet dan menghadkan kehadiran penonton." - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X