Selasa, 10 Disember 2019 | 7:41pm
MUHAMMAD Irfan meraih pingat emas dalam acara lempar cakera lelaki sempena Sukan SEA ke-13 Filipina 2019 di Stadium Olahraga New City Clark, Clark. - Foto NSTP/Aizuddin Saad
MUHAMMAD Irfan meraih pingat emas dalam acara lempar cakera lelaki sempena Sukan SEA ke-13 Filipina 2019 di Stadium Olahraga New City Clark, Clark. - Foto NSTP/Aizuddin Saad

Irfan pertahan emas dengan satu lontaran

CLARK: Muhammad Irfan Shamsuddin memenangi pingat emas acara lempar cakera dengan balingan sejauh 57.29 meter (m) di Stadium Olahraga New Clark City, sebentar tadi.

Irfan menewaskan peserta tuan rumah, Morrison William yang mencatat balingan 51.38m, manakala gangsa menjadi milik wakil Thailand, Benjaroon Narong (51.29m).

Kemenangan itu bermakna jaguh lempar cakera berusia 24 tahun itu berjaya mempertahankan emas buat kali keempat berturut-turut selepas memenanginya bagi edisi 2013, 2015 dan 2017.

Apa yang menarik untuk diperkatakan, Irfan beraksi dengan menanggung kesakitan selepas mengalami kecederaan ligamen pada bahagian kaki sejak dua minggu lalu.

Ia sekali gus merencatkan balingannya termasuk hanya berjaya melakukan balingan pertama yang menghadiahkan kemenangan kepadanya selepas semua lima balingan seterusnya dibatalkan.

Berita Harian X